Wednesday, December 4, 2013

2 Cara bagaimana nak top up akaun paypal tanpa kad kredit

Paypal merupakan salah satu cara pembayaran yang sering digunakan dalam jual beli atas talian atau secara online. Jika anda membeli belah di Lazada, eBay, atau Lelong contohnya, pilihan cara pembayaran utama ialah dengan menggunakan akaun Paypal. 

Membayar dengan Paypal sangat mudah apa lagi kalau anda mempunyai kredit kad.Untuk verify akaun Paypal, mereka akan meminta anda mengesahkan identiti dengan menggunakan maklumat pada kad kredit anda. 

Walaupun anda tidak verify akaun Paypal, anda sebenarnya masih boleh menggunakan Paypal dalam urusan jual beli secara online. Bagi yang baru pertama kali membuka akaun Paypal, anda pasti tertanya-tanya bagaimana nak top up atau isi akaun Paypal tanpa menggunakan kad kredit. Di sini saya nak berkongsi 2 cara mudah.

1. Akaun RHB
Di Malaysia, pemiliki akaun Paypal boleh top up atau isi akaun mereka dengan menggunakan akaun RHB. Anda boleh pergi ke mana-mana bank RHB yang terdekat atau boleh juga dilakukan secara online. RHB adalah satu-satunya bank di Malaysia yang menawarkan khidmat top up akaun Paypal ini.

Bukan semua kita memiliki akaun RHB. Jadi bagi mereka yang mahu topup akaun Paypal tanpa memiliki akaun RHB, anda boleh menggunakan khidmat pembelian top up Paypal dalam bentuk US Dollar di Evogates. Caranya mudah. Anda terlebih dahulu perlu register dalam laman web Evogates dan kemudian barulah boleh buat order untuk top up akaun Paypal anda. Selain Paypal, anda juga boleh beli atau jual duit Perfect Money, WebMoney, IronFX, EGOPay, dan Bitcoin melalui Evogates.

Saya harap perkongsian ini dapat membantu anda yang masih tertanya-tanya bagaimana nak top up akaun Paypal tanpa kad kredit. Anda boleh top up akaun Paypal dengan RHB atau melalui khidmat Evogates. Dah tahu bagaimana nak top up Paypal, maka senang lah nda buat bisnes online kelak.

No comments:

Post a Comment